Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tentera junta dituduh lakukan pembunuhan beramai-ramai

    BANGKOK, 22 JULAI – Tentera junta Myanmar telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan membakar beratus-ratus rumah semasa serangan ke atas sebuah kampung ketika pertempuran berleluasa di titik panas pembantah rampasan kuasa, menurut penduduk dan laporan media.

    Pada 18 Julai, anggota tentera diturunkan dekat kampung Kyi Su oleh dua helikopter, seorang penduduk memberitahu AFP, dan sekitar 100 orang yang tidak melarikan diri telah ditangkap oleh tentera.

    “Warga emas dibebaskan pada hari berikutnya sementara kira-kira 10 orang muda terus ditahan,” mereka berkata, meminta dirahsiakan nama.

    Penduduk kampung menemui mayat-mayat apabila kembali pada 20 Julai selepas tentera berundur, seorang lagi penduduk berkata.

    “Saya mencari haiwan-haiwan saya di hutan namun saya menemui sembilan mayat terbakar dengan tangan mereka diikat,” katanya.

    Seorang lagi penduduk berkata 10 mayat telah ditemui dan sembilan daripadanya telah dikenal pasti oleh ahli keluarga.

    Mereka juga berkata bahawa mayat-mayat berkenaan ditemui dengan tangan diikat.

    Sekurang-kurangnya 30 orang dari kampung berkenaan masing hilang, tambah mereka.

    Kira-kira 400 rumah di kawasan Muslim di kampung berkenaan telah dibakar dan sebuah masjid juga rosak akibat dibakar, kata seorang penduduk

    Muslim yang melarikan diri sebelum tentera tiba dan rumahnya adalah antara yang dibakar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...