Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tentera laut AS rampas heroin bernilai AS$4 juta

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 30 DIS – Kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) telah merampas 385 kilogram heroin di Laut Arab yang bernilai kira-kira AS$4 juta, dalam rampasan terbesar semasa operasi maritim antarabangsa di rantau itu, kata pegawai hari ini.

    Tentera USS Tempest dan USS Typhoon merampas dadah yang tersembunyi di atas kapal nelayan tidak berdaftar yang berlayar di perairan timur tengah, kata pasukan khas antarabangsa dalam kenyataannya. Rampasan itu dibuat pada Isnin lalu.

    Tentera laut berkata kapal nelayan itu sepertinya datang dari Iran. Semua 9 anggota kru telah dikenal pasti sebagai warga Iran, menurut Komander Timothy Hawkins, seorang jurucakap untuk tentera laut AS armada ke-5 yang berpangkalan di Timur Tengah.

    Beliau tidak menjelaskan siapa yang menghasilkan dadah tersebut ataupun destinasi sebenar mereka.

    Ketika pasukan petugas meningkatkan rondaan serantau, ia telah merampas dadah yang bernilai lebih AS$193 juta semasa operasi di laut tahun ini, lebih banyak daripada jumlah dadah yang dirampas empat tahun lalu pada keseluruhannya, kata kenyataan. – AP

    Gambar udara serahan Tentera Laut AS menunjukkan anggota perkhidmatan AS dari kapal peronda pantai USS Tempest dan USS Typhoon merampas dadah terlarang semasa berada di atas kapal dhow tanpa pendaftaran yang transit di perairan antarabangsa di Laut Arab. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...