Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tentera Laut AS rampas senjata

    DUBAI, 10 JAN – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) kelmarin berkata mereka telah merampas lebih daripada 2,000 senapang raifal yang diseludup menggunakan bot nelayan di sepanjang laluan maritim dari Iran ke Yaman.

    “Kargo tersebut telah ditemui pada Jumaat lalu di luar pantai Oman di laluan yang sebelum ini digunakan untuk mengangkut kargo haram kepada puak Huthi di Yaman,” menurut Armada Kelima AS yang berpangkalan di Bahrain dalam satu kenyataan, sambil menyatakan bot tersebut terdiri daripada enam kru berbangsa Yaman.

    “Penghantaran ini merupakan sebahagian daripada corak berterusan aktiviti ketidakstabilan dari Iran,” Timbalan Laksamana, Brad Cooper dipetik sebagai berkata.

    Bot nelayan yang dipintas minggu lalu sedang membawa 2,116 AK-47 senapang raifal.

    “Pemindahan bot dan kru untuk penghantaran pulang sedang dalam proses,” menurut Armada Kelima AS, sambil menambah, “Pembekalan, penjualan atau pemindahan senjata secara langsung atau tidak langsung kepada puak Huthi dianggap sebagai satu pencabulan kepada undang-undang antarabangsa.” – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Tentera Laut AS pada 7 Januari menunjukkan ratusan senapang raifal AK-47 di atas dek kapal USS The Sullivans. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...