Tentera laut India sertai eksesais di Indo-Pasifik

NEW DELHI, 4 OGOS – India telah menghantar empat kapal tentera laut bagi menyertai latihan dan kunjungan pelabuhan bersama Filipina, Vietnam, Singapura, Indonesia dan Australia untuk memperkukuhkan kerjasama di rantau Indo-Pasifik, kata tenteranya hari ini, ketika kuasa maritim China semakin berkembang di kawasan itu.

Kapal-kapal India akan berada di rantau itu selama dua bulan, kata tentera laut dalam kenyataan.

Jurucakap tentera laut India, Komander Vivek Madhwal berkata empat kapal akan menyertai latihan itu.

Kapal itu juga akan menyertai dalam eksesais multilateral, MALABAR-21 bersama tentera laut Jepun, Australia dan Amerika Syarikat, menurut kenyataan.

Ia berkata eksesais itu akan mempertingkatkan koordinasi bersama negara-negara rakan berdasarkan kepentingan maritim dan komitmen bagi kebebasan bernavigasi, membina hubungan ketenteraan dan kebolehupayaan dalam menjalankan operasi maritim. – AP

Gambar fail bertarikh 5 Disember 2019 menunjukkan kapal perang tentera laut India INS Kirch berlabuh di Kolkata, India. – AP