Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Tentera Myanmar adakan rundingan dengan pemberontak etnik

    YANGON, 6 JAN – Junta Myanmar mengadakan rundingan dengan tiga kumpulan pemberontak etnik mengenai penganjuran pilihan raya di kawasan-kawasan yang dikawal mereka, seorang jurucakap pemberontak berkata hari ini, ketika tentera bersedia bagi pilihan raya yang Amerika Syarikat katakan satu ‘kepura-puraan’.

    Negara Asia Tenggara itu mempunyai kira-kira 20 kumpulan pemberontak etnik yang bertempur sesama mereka dan dengan tentera selama berdekad-dekad bagi autonomi dan kawalan bagi perdagangan dadah dan sumber-sumber semula jadi di sempadan-sempadannya.

    Sebilangannya telah mengecam tentera yang menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi apabila merampas kuasa pada Februari 2021, dan menawarkan perlindungan dan latihan senjata kepada Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) yang muncul sebagai tentangan terhadap junta.

    Pemimpin-pemimpin dari Parti Kemajuan Negeri Shan (SSPP), Parti Negeri Wa Bersatu (UWSP), dan Tentera Perikatan Demokratik Nasional, yang sebahagian besarnya tidak terlibat dalam konflik selepas rampasan kuasa, sedang mengadakan rundingan selama tiga hari di ibu negara Naypyidaw, media kerajaan melaporkan hari ini.

    Ketiga-tiga kumpulan itu mengawal kawasan luas wilayah yang agak aman sejak rampasan kuasa itu, yang telah menjerumuskan kebanyakan kawasan negara itu dalam kekacauan.

    Mereka dan junta kelmarin membincangkan “keperluan politik kumpulan-kumpulan berkenaan dan membangunkan Kesatuan berdasarkan demokrasi dan sistem federal”, menurut Global New Light of Myanmar.

    Tentera ‘meminta kami untuk membenarkan mereka mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil di kawasan kami’, seorang jurucakap bagi SSPP, yang mengawal wilayah negeri Shan di utara, memberitahu AFP.

    “Bagi kami, kami tidak akan menentang pilihan raya mereka,” ujarnya. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...