Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Myanmar nafi ketua junta ditahan oleh jeneral

    YANGON, 14 OGOS – Tentera Myanmar hari ini berkata bahawa khabar angin mengenai jeneral tertinggi telah menahan ketua junta yang dilanda masalah dalam rampasan kuasa baharu adalah ‘propaganda’ yang disebarkan oleh ‘pengkhianat’ menjelang lawatan menteri luar China.

    Ketua junta, Min Aung Hlaing telah menghadapi kritikan umum daripada penyokong tentera dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila tentera kerajaan kehilangan wilayah kepada kumpulan bersenjata etnik minoriti dan penentang lain yang berjuang untuk membatalkan rampasan kuasa 2021.

    Kelmarin, beberapa hantaran media sosial mendakwa bahawa jeneral tertinggi telah menahan Min Aung Hlaing di ibu negara Naypyidaw dalam usaha untuk menukar pemimpin tertinggi junta.

    Dakwaan itu adalah “propaganda… dengan tujuan mengganggu keamanan dan kestabilan negara,” kata junta dalam satu kenyataan, menuduh mereka yang berkongsi berita itu sebagai ‘pengkhianat’.

    “Ketua negara dan pihak berkuasa sedang menunaikan tanggungjawab nasional mereka bersama-sama,” katanya.

    Menteri Luar China, Wang Yi dijangka tiba di Myanmar hari ini untuk berbincang dengan Min Aung Hlaing.

    Lawatan itu “bertujuan untuk memperdalam kerjasama dua hala yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang,” kata jurucakap kementerian luar China yang tidak dinamakan kelmarin.– AFP

    Gambar fail menunjukkan Ketua Jeneral Kanan Myanmar, Min Aung Hlaing tiba untuk upacara sempena ulang tahun ke-71 Hari Pengorbanan di Yangon pada 19 Julai 2018. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda