Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Tentera, pemberontak adakan gencatan senjata

    MANILA, 11 NOV – Tentera Filipina mengadakan gencatan senjata dengan pemisah Muslim selepas 10 pejuang terbunuh dalam pertempuran di sebuah perkampungan di bahagian selatan dan usaha gigih dibuat untuk menghalang ketegangan yang boleh mengancam perjanjian damai, menurut komander tentera dan pihak pemberontak hari ini.

    Pertempuran berlaku pada Selasa dan Rabu di perkampungan Ulitan di pulau wilayah Basilan, di mana rundingan tergempar diatur oleh perunding kerajaan dan pemberontak yang membawa kepada perjanjian gencatan senjata serta-merta lewat kelmarin antara pasukan tentera dan komander Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

    Pertempuran telah mengakibatkan tiga orang tentera terbunuh manakala 15 lagi cedera, menurut jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Abdurasad Sirajan. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Pejabat Maklumat Awam menunjukkan perunding damai pihak kerajaan dan pemberontak semasa rundingan tergempar untuk membincangkan gencatan senjata di wilayah Basilan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...