Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Tentera Rusia berundur dari Lyman

LYMAN, UKRAINE, 4 OKT – Mayat askar Rusia bergelimpangan di jalan-jalan bandar utama di timur Ukraine pada Selasa berikutan pengunduran rakan seperjuangan mereka yang menandakan kekalahan terbaharu bagi Moscow walaupun dewan atasan parlimen Rusia mengesahkan penaklukan ke atas wilayah Ukraine pada Selasa.

Tentera Rusia berundur dari Lyman pada hujung minggu untuk mengelak daripada dikepung oleh tentera Ukraine. Pembebasan bandar itu memberi Ukraine satu sudut pandangan penting untuk melancarkan serangan lebih dalam ke wilayah yang dikuasai Rusia.

Tentera Ukraine mengumpul mayat rakan se-perjuangan mereka selepas pertempuran sengit untuk mengawal Lyman, hab logistik dan pengangkutan utama, tetapi tidak segera mengeluarkan mayat tentera Rusia.

“Kami berjuang untuk tanah kami, untuk anak-anak kami, supaya rakyat kami boleh hidup lebih baik, tetapi semua ini datang pada harga yang sangat tinggi,” kata seorang askar Ukraine yang menggunakan nama de guerre Rud. – AP

Gambar fail menunjukkan anggota tenter a Ukraine selepas mereka menemui dan mengenal pasti mayat seorang rakan seperjuangan di bandar Lyman yang ditawan semula baru-baru ini, Ukraine, 3 Oktober 2022. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -