Tuesday, January 21, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Rusia diusir dari Kyiv

    ANKARA, 27 MAC – Tentera Rusia berjaya diusir sejauh lebih 70 kilometer dari ibu negara, Kyiv di beberapa lokasi tertentu hasil ‘kejayaan operasi’ ketenteraan Ukraine, kata jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine kelmarin.

    “Di beberapa kawasan lain, unit Angkatan Tentera Rusia berada 35 kilometer dari Kyiv,” kata Oleksandr Motuzyanyk pada sidang media, lapor Agensi Anadolu.

    Bagaimanapun, “tiada sebarang tanda pengunduran tentera Rusia dari kawasan tertentu di Kyiv buat masa ini,” katanya.

    Motuzyanyk mendakwa negaranya berjaya ‘melaksanakan mobilisasi,’ dan kini ‘di peringkat kedua mobilisasi.’

    “Kami telah mengerahkan lebih 100,000 orang. Pada masa ini, seluruh negara menyertai usaha menentang penceroboh,” katanya.

    Krisis Rusia dan Ukraine mendapat tentangan antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta beberapa negara lain melaksanakan sekatan kewangan ke atas Moscow.

    Sekurang-kurangnya 1,081 orang awam telah terbunuh dan 1,707 yang lain cedera manakala lebih 3.7 juta melarikan diri ke negara jiran, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda