Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Tentera Swiss haramkan WhatsApp semasa bekerja

    ZURICH, 6 JAN – Tentera Switzerland diharamkan daripada menggunakan aplikasi pesanan WhatsApp ketika bertugas, seorang jurucakap mengesahkan perkara tersebut kelmarin, bagi menyokong perkhidmatan pesanan Switzerland yang dianggap lebih selamat dari segi perlindungan data.

    Larangan tersebut turut dikenakan ke atas penggunaan aplikasi pesanan lain seperti Signal dan Telegram bagi telefon peribadi anggota tentera semasa operasi.

    Pada penghujung Disember, komander dan ketua-ketua kakitangan menerima e-mel dari ibu pejabat menyarankan anggota mereka untuk beralih menggunakan Threema, yang berpangkalan di Switzerland.

    Saranan tersebut membabitkan ‘semua’, termasuk askar kerahan yang melakukan khidmat ketenteraan, menurut jurucakap tentera, Daniel Reist memberitahu AFP.

    Switzerland terkenal dengan sikap neutral. Walau bagaimanapun, kedudukannya sebagai salah sebuah tentera neutral dan berada di tengah-tengah negara Eropah mewajibkan askar kerahan kepada lelaki.

    Gambar fail bertarikh 18 September 2020 menunjukkan anggota tentera Switzerland membuat tabik hormat semasa ketibaan Canselor Austria, Sebastian Kurz. Anggota tentera Switzerland diharamkan daripada menggunakan aplikasi Whatsapp semasa bertugas. – AP

    Persoalan mengenai penggunaan aplikasi itu semasa bertugas timbul semasa operasi bagi membantu hospital dan program vaksinasi di Switzerland dalam usaha untuk mengawal pandemik COVID-19, kata Reist.

    Tentera Switzerland akan membiayai kos empat Swiss francs untuk memuat turun Threema, sudah digunakan oleh badan awam lainnya di Switzerland.

    Perkhidmatan pesanan lain seperti Whatsapp terikat dengan Akta Cloud Amerika Syarikat (AS), yang membenarkan pihak berkuasa AS untuk mengakses data yang disimpan oleh pengendali AS, meskipun ia disimpan oleh server dari luar negara.

    Threema, mempunyai 10 juta pengguna, berkata ia adalah aplikasi pesanan ringkas yang direka untuk menghasilkan sesedikit mungkin data pengguna. Ia tidak dibiayai oleh pengiklanan.

    “Semua komunikasi mempunyai enkripsi, adan aplikasi itu adalah dari sumber terbuka,” menurut syarikat dalam laman webnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...