Tentera Syria mara, tawan dua kampung

BEIRUT, 14 OGOS – Pasukan kerajaan Syria menawan dua buah kampung di barat laut negara itu hari ini, semakin menghampiri bandar utama yang dikawal pemberontak yang menjadi tempat serangan senjata kimia maut pada 2017, lapor media kerajaan dan pemantau perang.

Penawanan di kampung-kampung Tel Aas dan Kfar Eyn kini menempatkan tentera Syria kira-kira 5km dari barat Khan Sheikhoun, salah satu bandar terbesar dan ramai penghuni di selatan wilayah idlib, kubu kuat terakhir pemberontak di negara itu.

Bandar itu adalah kubu kuat Al-Qaeda yang berkaitan dengan Hayat Tahrir al-Sham, kumpulan paling berkuasa di kawasan yang ditawan pemberontak. Ia adalah tempat serangan kimia pada 4 April 2017 yang membunuh 89 orang.

Sementara menurut agensi berita AFP, di selatan, hampir semua penduduk Khan Sheikhun – yang terletak di lebuh raya penting yang didambakan oleh rejim – telah meninggalkan bandar tersebut.

Selepas seminggu mara, pejuang Assad berada hanya beberapa kilometer jauhnya dari bandar itu hari ini, kata Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria.

Beberapa keluarga Syria dari tenggara wilayah Idlib dan utara Hama menaiki trak dengan membawa barangan milik mereka demi menyelamatkan diri daripada pertempuran, dekat Maaret al-Numan di selatan wilayah Idlib pada 14 Ogos. – AFP

“Pasukan rejim kini berada empat kilometer dari Khan Sheikhun ke barat, dengan tiada apa-apa antara mereka hanya padang,” kata Ketua Pemerhati, Rami Abdel Rahman.

Ke timur, pejuang Pro-Assad berjuang untuk mengawal sebuah bukit hanya 6km dari bandar, kata ketua Pemerhati berpangkalan di Britain.

Pertempuran hari ini telah membunuh 14 pasukan rejim, serta 20 pejuang jihad dan tujuh pemberontak bersekutu, katanya.

Agensi berita kerajaan SANA hari ini berkata tentera telah menawan beberapa buah kampung dari kumpulan jihad dan pemberontak di kawasan barat Khan Sheikhun.

Koresponden AFP telah melaporkan menyaksikan berpuluh-puluh buah keluarga lari dari pertempuran itu beberapa hari yang lalu, menuju ke utara menggunakan trak yang dipenuhi barang keperluan. – AFP/AP