Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Syria sedia perangi pemberontak

    BEIRUT, 19 Feb – Pasukan Syira bersiap sedia kelmarin untuk melancarkan serangan darat ke atas kubu pemberontak di Timur Ghouta luar Damsyik, kata seorang pemerhati, ketika penduduk di ibu kota bersiap sedia untuk serangan balas.

    Presiden Bashar al-Assad dalam beberapa hari ini telah menghantar bantuan dari seluruh negara ke Timur Ghouta, yang dikepung oleh tentera rejim sejak tahun 2013.

    “Pasukan bantuan itu kini sudah lengkap, serangan itu hanya menunggu ‘lampu hijau’ saja,” kata Rami Abdel Rahman, ketua Balai Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia.

    Semalam lebih daripada 260 roket, artileri berat dan serangan udara di lepaskan ke arah beberapa bandar di Timur Ghouta, katanya kepada AFP.

    Kejadian pengeboman itu menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang awam mati, termasuk empat kanak-kanak dan puluhan yang lain tercedera.

    Benteng pemberontak yang terakhir dekat Damsyik, Timur Ghouta dipegang oleh dua kabilah Islam utama, Jaish al-Islam dan Faylaq al-Rahman, walaupun terdapat beberapa pemberontak yang juga bertapak di sana.

    Rejim berminat untuk mendapatkan semula kawalan kawasan tersebut untuk menghentikan serangan roket dan mortar untuk menyasarkannya di ibu negara.

    Seorang koresponden AFP di Damsyik berkata enam roket meledak ibu negara kelmarin.

    Penduduk sudah mula mengemas beg mereka dan menyewa bilik di luar bandar dengan jangkaan operasi yang kini dilihat semakin hampir.

    Salah seorang daripada mereka berkata dia telah merancang untuk memindahkan ibu bapanya keluar dari rumah mereka sementara di timur ibu negara yang kerap dilanda serangan pemberontakan itu.

    “Saya lebih suka memindahkan ibu bapa saya di kampung kami di Wadih al-Qalaa, di wilayah Latakia yang dikawal kerajaan,” kata Karim, 29 tahun.

    “Mereka akan lebih selamat di sana, dan saya boleh membawa mereka kembali sebaik sahaja ia tenang di kejiranan mereka,” katanya kepada AFP.

    Menurut Balai Cerap, rejim mula menghantar angkatan tentera ke Timur Ghouta pada 5 Februari lepas, pada hari yang sama ia melancarkan kempen pengeboman lima hari yang sengit di rantau ini.

    Serangan udara telah menyebabkan kira-kira 250 orang awam mati, dengan serangan roket di Damsyik membunuh kira-kira 20 orang kata pemerhati. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda