Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Teori konspirasi tolak perundingan pandemik

    GENEVA, 8 JUN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang memerangi bertubi-tubi beberapa maklumat salah yang telah mendakwa ia merancang dalam mengambil alih dasar kesihatan di negara-negara yang berdaulat.

    Meskipun sudah biasa diancam oleh teori konspirasi terutamanya mengenai isu COVID, percubaan berprofil tinggi di negara-negara di seluruh dunia bagi memperlekehkan usaha WHO telah menimbulkan kekacauan terhadap perbincangan di Geneva minggu ini.

    Wakil-wakil negara kini dilihat sedang membincangkan peluang bagi perjanjian global yang hasilnya boleh mengawal cara negara bersiap sedia serta bertindak balas terhadap ancaman pandemik pada masa hadapan.

    “Kita mungkin menghadapi wabak yang lebih teruk pada masa hadapan dan kita perlu lebih bersedia daripada sekarang,” kata pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan kepada pemberita baru-baru ini.

    “Namun ia memerlukan semua negara untuk bekerjasama,” tambahnya.

    Masih tidak jelas mengenai apa yang terkandung dalam perjanjian masa hadapan dan sama ada negara akan memutuskan mereka mahu ia menjadi perjanjian atau hanya sebagai ‘instrumen undang-undang’ yang lain.

    Rundingan tersebut turut melibatkan negara-negara anggota bukan WHO yang ditetapkan untuk berlangsung sekurang-kurangnya dua tahun.

    Walau bagaimanapun, hal itu tidak menghentikan teori konspirasi yang menunjukkan bahawa badan kesihatan PBB tidak dapat daripada merebut kuasa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...