Monday, May 29, 2023
24.3 C
Brunei

    -

    Tepung tercemar punca wabak Salmonella

    LOS ANGELES, 2 MEI – Penyiasat telah mengenal pasti tepung sebagai punca kepada wabak Salmonella yang menjangkiti sekurang-kurangnya 13 orang di 12 negeri baru-baru ini, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pada Isnin, lapor Xinhua.

    Berdasarkan data makmal dan maklumat yang diperoleh daripada mereka yang dijangkiti, menunjukkan tepung Gold Medal tercemar dengan bakteria Salmonella.

    Tiga daripada mereka yang dijangkiti telah dimasukkan ke hospital.

    “Tetapi jumlah sebenar mereka yang dijangkiti mungkin lebih ramai daripada yang dilaporkan. Ini kerana sesetengah mereka pulih tanpa rawatan perubatan dan tidak menjalani saringan untuk mengesan Salmonella,” menurut CDC. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -