Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Terap kesiapsiagaan hadapi kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Dengan hasrat untuk menerapkan kesiapsiagaan, meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran serta memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai aspek keselamatan kebakaran, seramai 18 orang pegawai dan kakitangan Readymix Sdn Bhd menyertai Kursus Marsyal Bomba selama tiga hari yang berlangsung di Balai Bomba Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

    Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dilaksanakan dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Kesihatan dan keperluan JBP mengenai situasi COVID-19, di mana sebelum memulai kursus, para peserta perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) dan mengamalkan pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial.

    Semasa kursus dijalankan, para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal dengan penerangan mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran.

    Para peserta juga diberikan tunjuk ajar supaya mengetahui akan tindakan yang diambil apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik, mengetahui tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta tatacara menyelamatkan diri dari terperangkap dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.

    JBP dalam kenyataannya lagi menyatakan bahawa jabatan berkenaan juga menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Pegawai dan kakitangan Readymix diberikan tunjuk ajar mengendalikan alat pemadam api dengan betul semasa latihan yang dijalankan di Balai Bomba Bandar Seri Begawan. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...