Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Terap nilai baik dukung Maqasid Syariah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Seramai 45 orang pegawai Kementerian Kesihatan telah menghadiri Bengkel Pengukuhan Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Unit Muraqib, baru-baru ini.

    Antara objektif bengkel itu adalah untuk menilai keselarasan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran kementerian berdasarkan prinsip Maqasid Syariah bagi keperluan penubuhan Indeks Maqasid Syariah Negara Brunei Darussalam.

    Bengkel telah dimudahcara oleh Pengarah Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Haji Mohd Syahiran bin Haji Mohd Sofian dengan dibantu oleh Timbalan Dekan Fakulti Syariah, KUPU SB, Pengiran Dr Hajah Norwidayati binti Pengiran Haji Metusin; Timbalan Pengarah Pusat Ilmu Teras, KUPU SB, Dr Adibah Husna binti Haji Ismail; dan Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Dayang Norhayati binti Haji Abdul Rahman.

    Peserta bengkel tersebut merupakan pegawai dan kakitangan yang sebelumnya telah menghadiri Taklimat Kefahaman Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran yang diadakan untuk kementerian yang sama pada 27 Julai lalu.

    Pengukuhan Maqasid Syariah Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam merupakan salah satu projek strategik KHEU bagi tahun 2020 hingga 2024.

    Antara matlamat utama projek tersebut ialah untuk membudayakan penghayatan lima prinsip Maqasid Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran, iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, akal, keturunan dan harta.

    Projek itu juga dihasratkan untuk menerapkan nilai-nilai baik dalam mendukung Maqasid Syariah dalam tadbir urus sesebuah organisasi dan kehidupan seharian.

    Sasaran projek tersebut ialah daripada kalangan agensi-agensi kerajaan dan akan dilaratkan ke agensi-agensi swasta serta pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha untuk mencapai objektif yang disasarkan melalui pendekatan whole of nation.

    Selain itu, bengkel tersebut dihasratkan akan dapat memupuk dan memantapkan nilai Rabbani dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...