Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Terap nilai murni melalui lagu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Salah satu cara efektif dalam mendidik dan mengajarkan nilai moral serta murni terhadap anak adalah melalui lagu kanak-kanak tradisi.

    Lagu-lagu tersebut dipercayai dapat dijadikan sebagai salah satu medium untuk memudahkan anak-anak menyerap nilai murni di mana ia memiliki pesanan moral dengan makna yang amat luhur.

    Pentingnya fungsi lagu kanak-kanak ini, sewajarnya perlu diangkat dalam dunia pendidikan yang bukan sekadar sebagai sarana untuk memberikan ilmu pengetahuan saja, tetapi dapat digunakan sebagai wasilah untuk menanamkan budaya serta membentuk akhlak, sifat dan sosialisasi.

    Kepentingan lagu kanak-kanak tradisi itu ditekankan oleh Setiausaha Tetap (Kesukanan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dalam ucapannya selaku tetamu kehormat pada Majlis Nyanyian Kanak-kanak Tradisi Brunei: Sembang Kreatif yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas hari ini.

    Beliau seterusnya berkata, perkembangan teknologi yang semakin pesat juga telah memberikan kemudahan dan ruang luas dalam memvariasikan penyebaran lagu kanak-kanak dengan lebih efisien dan pantas.

    “Dengan penerbitan buku Koleksi Irama dan Lagu O Kanak-kanak pada 2021, yang menghimpunkan 56 buah lagu kanak-kanak tradisi, juga telah memangkin kepada kesedaran untuk terus menghidupkan semula warisan milik negara,” jelasnya.

    Menurutnya lagi, kesedaran itu juga tidak lepas daripada melihat akan kepentingan lagu kanak-kanak tradisi terhadap pembentukan keperibadian yang luhur dalam kalangan masyarakat.

    Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan moral sebaiknya ditanamkan sejak kecil untuk membentuk bangsa yang memiliki berkeperibadian yang baik.

    Pengiran Mohammad Amirrizal menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...