Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Terap tanggungjawab pelajar sebagai rakyat kepada negara

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 22 SEPT – Seramai 83 orang penuntut Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB) telah mengikuti Program Taklimat Kenegaraan ‘Peranan dan Tanggungjawab sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam’ anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik bertempat di Lecture Theatre 1, PTEB, hari ini.

    Taklimat kenegaraan yang disam-paikan oleh Pemangku Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Haji Abdul Hanif bin Haji Abdul Rahim itu antara lain menyentuh mengenai peranan penuntut sebagai rakyat yang mempunyai tanggungjawab bukan sahaja sebagai ahli keluarga bahkan juga memiliki kepentingan kepada masyarakat dan negara.

    Di samping itu, ia turut membuka minda dan jiwa para peserta agar sentiasa menyedari bahawa mereka merupakan agen perubahan yang akan membentuk negara pada masa hadapan.

    Justeru itu mereka perlu mempersiapkan diri dengan pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan seperti kesukarelawan dan kepimpinan.

    Turut hadir semasa taklimat berkenaan ialah Guru Kanan Pentadbiran, PTEB, Dayang Jasmin binti Jumat, dan tenaga-tenaga pengajar.

    Program turut diserikan dengan aktiviti kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh pihak penganjur.

    Menerusi program berkenaan, ia bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut.

    Ia juga sebagai usaha berterusan dalam mendukung matlamat Wawa-san Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035.

    Antara pelajar PTEB yang hadir mendengarkan taklimat kenegaraan berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...