Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Terapkan 4B dalam kehidupan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar hari ini, telah mengadakan forum yang antara lain menekankan mengenai pentingnya menerapkan 4B dalam kehidupan seharian iaitu bersabar, berikhtiar, bertawakal dan berdoa.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada forum yang berlangsung di masjid berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Seti Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir ialah penaung-penaung MRSB, Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Ahli-ahli panel forum terdiri daripada Dekan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk dan Pegawai Turus Tarbiyah Agama ABDB, Mejar Ariffin bin Amit.

    Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi telah menekankan mengenai 4B dan menjelaskan bahawa ia adalah berdasarkan janji Allah dalam Al-Quran yang mana bersabar adalah ubat bagi setiap ujian dan semakin besar ujian yang dihadapi, kesabaran juga perlu dipertingkatkan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bersama tetamu lain pada forum yang diadakan di MRSB, Kampung Sungai Akar kelmarin.

    “Orang yang sabar tidak akan bertindak di luar batasan agama kerana sifat sabar membolehkan kita mengatasi segala ujian dari Allah,” jelasnya.

    Manakala berikhtiar pula, penekanan untuk bersabar bukan menafikan tindakan untuk berikhtiar dan matlamat utama kehidupan ialah manusia itu berikhtiar menjadi sebaik-baik umat.

    Sementara bertawakal, jelasnya, selepas kita bersabar dan berikhtiar seterusnya kita dituntut untuk bertawakal kepada Allah.

    “Mungkin disebabkan ujian yang dihadapi sekarang adalah disebabkan Allah ingin mendengar doa hambaNya dan perbanyakkan doa serta yakin Allah akan memperkenankan segala doa-doa,” tambahnya.

    Sementara itu, Mejar Ariffin pula antara lain menyatakan mengenai bagaimana umat Islam mengenal peribadi Baginda Rasulullah SAW. “Ini seperti yang terkandung di dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 di samping akan menjelaskan jua tentang bagaimana cara kita mencintai Rasulullah SAW agar kita dapat syafaat Baginda di hari akhirat nanti,” ujarnya.

    Majlis anjuran Jawatankuasa Takmir MRSB itu diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...