Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teratak PERWIRA dinamakan semula Wisma PERWIRA

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Bangunan Ibu Pejabat Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) yang dulu dikenali sebagai Teratak PERWIRA kini dikenali sebagai Wisma PERWIRA dalam Majlis Penukaran Nama Bangunan Ibu Pejabat PERWIRA, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PERWIRA, di sini, perasmian nama baharu bangunan berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah mantan-mantan Yang Di-Pertua PERWIRA, ahli-ahli Badan Eksekutif PERWIRA, ahli-ahli serta para jemputan.

    Sebagai ibu pejabat, WISMA PERWIRA juga merupakan pusat perkumpulan bagi hal ehwal pentadbiran, riadah dan kebajikan ahli-ahli PERWIRA dan para veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Selain itu, bangunan itu juga memuatkan Pusat Bisnes Veconac yang berperanan sebagai platform khas bagi projek-projek kemajuan sosio ekonomi dan ahli-ahli yang berkecimpung dalam dunia perniagaan dan perdagangan.

    YAM Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit (kanan) bersama Penasihat PERWIRA, Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad menyempurnakan perasmian nama baru bangunan Ibu Pejabat PERWIRA, Wisma PERWIRA, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PERWIRA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda