Terbang tanpa henti dari New York ke Sydney

SYDNEY, 18 OKT – Sebuah pesawat dan penumpangnya akan melakukan pe-nerbangan tanpa henti terpanjang dari New York, Amerika Syarikat ke Sydney, Australia pada hujung minggu ini.

Penerbangan selama 19 jam itu adalah yang pertama daripada tiga perjalanan amat jauh dilakukan syarikat penerbangan Qantas pada tahun ini.

Sehingga 40 penumpang dan anak kapal termasuk kakitangan Qantas menaiki pesawat Boeing 787-9 yang berlepas dari New York pada hari ini.

Pesawat itu dijadual tiba di Sydney pada pagi Ahad.

Saintis dari dua universiti Australia turut menaiki penerbangan itu untuk memantau pola tidur, tahap melatonin dan pengambilan makanan penumpang.

Juruterbang juga dikehendaki memakai peranti bagi memantau gelombang otak dan tahap kepekaan mereka.

Jumlah penumpang dihadkan bagi mengurangkan berat dalam pesawat serta mengisi minyak mencukupi untuk perjalanan sejauh kira-kira 16,000 kilometer menuju ke barat melalui Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata belum ada penerbangan yang mencapai kejayaan sedemikian. – AFP