Terbuka Australia janjikan saingan hebat

MELBOURNE, 5 Dis – Serena Williams akan membuat aksi kembali ke Terbuka Australia buat pertama kali sejak memenanginya pada tahun 2017 ketika mengandung lapan minggu, menurut kenyataan hari ini, dengan secara keseluruhannya hampir semua pemain 100 terbaik akan bersaing di Melbourne Park.

Itu termasuk Rafael Nadal dan Andy Murray.

Williams kembali selepas melahirkan anak pertamanya untuk mara ke final Terbuka Wimbledon dan AS 2018, namun mengalami kekecewaan dalam kedua-dua final, menyebabkannya tersangkut dengan 23 kemenangan major.

Para penganjur Terbuka Australia berkata dia merupakan antara peserta bagi pertandingan Gram Slam pembuka tahun itu, ketika dia berusaha untuk menyaingi rekod 24 kejuaraan Margaret Court.

Penampilannya akan menandakan perlawanan major pertamanya sejak kemarahan kontroversi semasa kekalahan Terbuka AS kepada Naomi Osaka, di mana kemarahan Williams membayangi kemenangan terbesar bintang Jepun itu.

Serena Williams (kanan) bercakap sesuatu kepada Naomi Osaka selepas berakhirnya final Terbuka AS pada 8 September 2018. Serena dan barisan bintang tenis dunia yang lain telah mengesahkan penyertaan mereka di Terbuka Australia tahun depan. – AP

Selepas kejadian itu, Roger Federer berkata Willams ‘agak melampau’.

“Serena William, yang ketika ini berada di kedudukan ke-16, akan membuat penampilannya ke Melbourne buat pertama kali sejak menjuarainya pada 2017 semasa mengandung lapan minggu,” kata Craig Tiley, pengajur kejohanan.

Sementara itu Federer akan kembali mempertahankan gelarannya, bersama dengan lawan lamanya, Novak Djokovic. Caroline Wozniacki pula akan dalam misi mempertahankan mahkotanya bagi acara perseorangan wanita.

Para penganjur berkata 102 pemain tenis wanita terbaik dan 101 pemain tenis lelaki terbaik telah mengesahkan bahawa mereka akan turun beraksi.

Satu-satunya ketiadaan bagi 100 terbaik wanita adalah pemain di ranking ke-74, Agniezka Radwanska dari Poland, yang baru-baru ini mengumumkan persaraannya.

“Ia sesuatu yang istimewa untuk melihat juara bertahan, Caroline memperoleh kemenangan Grand Slam pertamanya di sini tahun lepas, jadi dia pasti teruja untuk memulakan musim dengan lebih baik,” kata Tiley.

“Dan setentunya Roger Federer mempunyai banyak memori istimewa di Melbourne, setelah memenangi enam kejuaraan di sini, sesuatu yang hanya mampu dilakukan oleh Novak Djokovic dan Roy Emerson mampu lakukan di masa lalu.

“Saya juga ada menghubungi Rafa dan dia sudah kembali cergas selepas rehat awal musim ini selepas Paris dan tidak sabar untuk tiba di Australia,” tambahnya. – AFP