Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terbuka British ke-150 di St Andrews

    LONDON, 13 Feb – Kejohanan Terbuka British ke-150 akan diadakan di Old Course di St Andrews, menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak penganjur kejohanan semalam.

    Terletak di bandar tepi laut dengan nama yang sama, timur laut Edinburgh, St Andrews yang dikenali sebagai ‘tempat asal golf,’ Kejohanan Terbuka British, edisi 2021 merupakan satu-satunya kejohanan yang terbesar diadakan di luar Amerika Syarikat, menjadikannya kejohanan yang ke-30 di St Andrews bermula 15 hingga 18 Julai depan.

    “Kejohanan Terbuka itu mendapat tempat yang istimewa di hati para peminat golf dan peminat sukan di seluruh dunia,” kata Martin Slumbers, ketua eksekutif penganjur Royal dan Ancient Club (R&A).

    “Kejohanan itu menikmati hubungan yang bersejarah dan diraikan dengan Old Course di St Andrews dan kami teruja untuk mengadakan sambutan Kejohanan itu yang ke-150 di tempat asal golf itu pada 2021,” katanya.

    “St Andrews telah menghasilkan kumpulan juara golf yang luar biasa sejak pertandingan Terbuka yang pertama kali diadakan di Old Course pada tahun 1873.”

    Kali terakhir Terbuka British diadakan di St Andrews pada tahun 2015, apabila Zach Johnson menewaskan Marc Leishman dan pemenang 2010, Louis Oosthuizen dalam persaingan permainan empat lubang semalam selepas cuaca buruk yang telah menangguhkan kejohanan pada hujung minggu.

    St Andrews baru-baru ini mengadakan Terbuka British pada setiap lima tahun, tetapi Royal St George di tenggara England akan kejohanan itu pada 2020, dengan membuka laluan bagi kejuaraan itu kembali ke Old Course bagi edisi ke-150. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda