Terbuka New Zealand cipta sejarah

WELLINGTON, 26 FEB – Pemenang utama, Pernilla Lindberg akan menjadi pemain golf wanita pertama untuk bersaing dalam Terbuka New Zealand, memastikan dia beraksi pada kejohanan yang kini berusia 101 tahun itu walau apa pun keputusannya.

Pemain asal Sweden, yang memenangi kejohanan ANA Inspiration 2018, telah dijemput untuk bertanding dengan peserta-peserta golf lelaki setelah pihak penganjur mengetahui bahawa beliau akan datang untuk membuat lawatan di Queenstown.

Lindberg menduduki tempat ke-178 dalam kejohanan wanita mengambil peluang untuk bermain di South Island resort, di mana beliau berkahwin dengan suaminya, Daniel, 12 bulan yang lalu.

“Peluang untuk menyambut hari ulang tahun pertama dan digabungkan dengan kejohanan profesional golf adalah terlalu rugi untuk dilepaskan,” kata pemain yang berusia 33 tahun itu.

Pengarah kejohanan, Michael Glading berkata bahawa dengan penyertaan Lindberg akan memberikan ‘idea baharu’ untuk pasukan itu.

“Hakikatnya Pernilla sangat gembira dan berjuang dalam sukan yang penuh dengan tradisi disertai oleh kejohanan lelaki sahaja, telah membuatkan ia begitu istimewa dengan untuk kejohanan ini.”

Terbuka New Zealand ini disokong oleh PGA Tour dan Australasia akan diadakan di Millbrook Resort dan The hills dari Khamis sehingga Ahad.

Untuk hari kedua pertama kejohanan dibukakan untuk pra musim dan Lindberg akan digandingkan dengan pemain bintang All Black ragbi, Beauden Barrett. – AFP

Terbuka NZ akan mencipta sejarah apabila pemain golf wanita, Pernilla Lindberg akan bersaing dengan pemain golf lelaki. – Agensi