Terbuka Tenis Wuhan masih membimbangkan

SHANGHAI, 19 JUN – Kejohanan Terbuka Wuhan akhir tahun ini akan menghantar pesanan mesej yang kuat mengenai pemulihan bandar itu dari koronavirus dan memberi kesan yang meluas dalam kejohanan tenis, kata pengarah bersama kejohanan itu.

Bandar raya Wuhan adalah pusat bermulanya wabak itu merebak dan hampir 4,000 orang meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum penularannya ke seluruh dunia.

Tetapi Terbuka Wuhan tahun ini dilancarkan pada 19 hingga 25 Oktober setelah WTA (Persatuan Tenis Wanita) minggu ini melancarkan kalendar sementara untuk sepanjang tahun ini.

Jadual itu bergantung pada beberapa faktor utama termasuk keselamatan pemain, kelulusan kerajaan dan kelonggaran sekatan perjalanan, kata WTA.

Pada masa ini, kebanyakan warganegara asing dilarang memasuki China. Pengarah Bersama Terbuka Wuhan, Brenda Perry memberitahu bahawa kejohanan tidak akan berlangsung jika pemain luar negara tidak dapat datang dan keputusan akhir akan dibuat sekitar awal bulan Ogos. Tetapi dia menambah “Saya gembira untuk semua rakan-rakan saya di Wuhan dan kejohanan ini bermakna bagi bandar dan penduduknya.

“Ini sangat simbolik untuk mengatasi saat yang sangat mencabar. Mereka melalui sekatan yang paling ketat di dunia,” kata pemain berusia 62 tahun itu, berbicara melalui telefon dari Auckland.

“Untuk melaluinya dan kemudian mengadakan acara tenis profesional antarabangsa akan memberikan semangat dan menunjukkan kepada dunia tugas hebat yang telah mereka lakukan dalam pemulihan.”

Terbuka Wuhan tahun lalu mengumpul dana hampir AS$3 juta, dengan pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty tewas di separuh akhir menentang Aryna Sabalenka dari Belarus.

Tetapi hanya beberapa bulan kemudian, 11 juta penduduk Wuhan mengalami sekatan ketat selama 76 hari dan menjadikan bandar itu sebagai tumpuan global atas semua alasan yang salah. – AFP

Aksi Ashleigh Barty dari Australia pada perlawanan yang lalu membuat pukulan servis ketika menentang Angelique Kerber dari Jerman semasa pusingan ketiga perseorangan wanita di WTA Terbuka Tenis Wuhan di Wuhan. – AFP