Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terbuka Wuhan: Pemain Australia lebih menonjol

    WUHAN, China, 25 Sept – Dua pemain teratas Australia mengetepikan pemain lawan pusingan pertama mereka dalam Terbuka Wuhan semalam, dengan kemenangan straight set bagi pertandingan yang menawarkan hadiah AS$2.7 juta bagi Ashleigh Barty dan Daria Gavrilova.

    Barty, pemain nombor satu Australia, menewaskan Johanna Konta dari Britain dengan 7-5, 6-4 untuk mara dan mungkin akan menghadapi juara Wimbledon, Angelique Kerber pada pusingan ketiga.

    Tetapi ia adalah Gavrilova, pemain nombor dua Australia, yang menghasilkan kekecewaan terbesar bagi Terbuka Wuhan setakat ini, mengetepikan pemain pilihan ke-10 dan pemenang Terbuka Perancis tahun lalu, Jelena Ostapenko 6-2, 6-4.

    Pemain dari Latvia itu, yang mara ke separuh akhir Wuhan pada tahun lepas, memberikan persaingan pada set kedua tetapi tidak mampu untuk membendung unforced error dan dilihat kecewa ketika Gavrilova terus bertahan untuk memenangi pertandingan itu.

    “Ostapenko adalah seorang pemain yang berkualiti, dia selalu memberikan persaingan dan menghasilkan pukulan….jadi saya dapat menjangkanya,” kata Gavrilova selepas pertandingan tersebut.

    Salah seorang pemain Australia, Ashleigh Barty mencatat kemenangan ke atas Johanna Konta dari Britain semasa perlawanan pusingan kedua kejohanan tenis WTA Terbuka Wuhan kelmarin. – AFP

    Ia adalah bulan September yang perlu dilupakan bagi Ostapenko, pemain ranking ke-12 dunia.

    Minggu lalu, gelaran Terbuka Korea yang dipertahankannya berakhir pada pusingan kedua kepada pemain ranking 122, Ekaterina Alexandrova.

    Gavrilova mungkin menghadapi seorang lagi pencabar pada pusingan ketiga iaitu Karolina Pliskova, yang menewaskan juara Terbuka Amerika Syarikat, Naomi Osaka dalam keputusan straight set di Tokyo pada Ahad lalu untuk memenangi gelaran Pan Pacific.

    Sembilan dari 10 pemain terbaik dunia beraksi di Terbuka Wuhan ketika musim 2018 WTA memasuki pertandingan terakhirnya dan perebutan bagi mata rangking begitu sengit. Bintang Jepun, Osaka, pemain nombor 8 sekarang, terpaksa menarik diri kerana jatuh sakit.

    Dalam tambahan kepada hadiah wang AS$500,000, pemenang juga akan memenangi 900 mata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda