Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    ‘Tercalon suatu langkah besar’

    Tiada kata dapat menggambarkan perasaan pelakon filem yang kian menyinar, Idan Aedan tatkala mengetahui namanya bolos senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH
    (ABPBH) ke-35 yang dilancarkan, baru-baru ini.

    Mengakui perkara itu di luar jangkaannya, Idan atau nama sebenar, Muhammad Shahidan Abdullah, 19, bagaimanapun menganggap pencalonan awal ABPBH 35 sebagai titik
    permulaan untuk terus melebarkan sayap dalam dunia lakonan tempatan dan antarabangsa.

    Idan yang tercalon dalam dua kategori utama, iaitu BBNU Lelaki Popular dan Aktor Filem Popular menganggap pengiktirafan itu sebagai langkah besar dalam karier lakonan.

    Idan juga berharap lebih banyak peluang mendatang dengan kejayaan mampu digapainya dalam memburu impian bergelar pelakon.

    “Sudah tentu, perasaan saya teruja saat mengetahui sudah tercalon dalam salah satu majlis penganugerahan yang menjadi impian saya sejak dahulu lagi.

    Idan bolos dua kategori utama, BBNU Lelaki Populad dan Aktor Filem Popular berharap lebih banyak peluang mendatang dengan kejayaan mampu digapai dalam memburu impian begelar pelakon. – Agensi

    “Sejujurnya, saya sangat gementar. Ini kali pertama saya tercalon, apatah lagi tidak pernah sangka disenaraikan.

    “Bagaimanapun, saya anggap ia adalah rezeki saya. Boleh dikatakan peluang ini membuka lembaran baharu dalam karier seni saya.

    “Tercalon dalam ABPBH 35 ini adalah langkah besar dalam karier lakonan saya.

    “Diharapkan lebih banyak lagi peluang dan kejayaan mampu dicapai pada masa akan datang,” katanya kepada BH Online.

    Idan yang memulakan kerjaya lakonan seawal usia 10 tahun selepas memenangi program realiti, Over The Top menganggap terpilih dalam senarai 20 teratas sebagai suatu penghormatan buatnya. Apatah lagi, dicalonkan bersama barisan pelakon hebat lain.

    “Saya tidak pernah letak sasaran atau harapan terlalu tinggi untuk memenangi trofi, mahupun berada dalam kelompok lima calon terbaik,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...