Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Tercekik anggur, kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia

    MELAKA, 10 SEPT – Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik ketika memakan buah anggur, kira-kira 10 hari selepas menerima rawatan di hospital.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat disahkan meninggal dunia pada pukul 9:23 pagi tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.

    Katanya, terdahulu kanak-kanak itu telah menerima rawatan awal di sebuah hospital swasta di Ayer Keroh akibat tercekik ketika memakan buah anggur di rumahnya di Taman Merbok dekat sini, dan doktor di hospital berkenaan telahpun berjaya mengeluarkan buah anggur itu.

    Beliau berkata bagaimanapun kanak-kanak itu didapati masih dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...