Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Terengganu dalam misi pertahankan Piala Agong

    KUALA TERENGGANU, 18 APRIL – Pasukan Ragbi Terengganu mengakui bakal berhadapan tugas getir dalam misi mempertahankan status juara Piala Agong, yang dimenangi pada 2019.

    Ia susulan pasukan tersebut diundi berada dalam ‘kumpulan maut’ bersama Johor, Kedah dan Melaka pada kejohanan berprestij itu, yang akan membuka tirainya pada 22 Oktober.

    Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT), Amir Amri Muhd berkata skuadnya telah melakukan pelbagai persiapan, termasuk aspek pemilihan pemain bagi memastikan gelaran juara kekal milik mereka.

    “Setelah dua tahun tiada penganjuran Piala Agong disebabkan penularan COVID, pastinya kami perlu berusaha lebih keras bagi mengembalikan aspek kecergasan dan momentum pemain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...