Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Terengganu: Lebih 10,000 sertai Larian Obor

KEMAMAN, 24 Julai – Terengganu berjaya mencatat lebih 10,000 pelari sukarelawan sepanjang sembilan hari berlangsungnya Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 di negeri tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohamad Mazlan Anis berkata setakat ini, Terengganu menjadi negeri paling lama memegang ‘Obor Bangkit Bersama’ yang telah dibawa ke seluruh daerah bermula 16 Julai hingga ke hari ini.

“Selepas ini obor tersebut akan memasuki negeri Pahang bermula hari ini hingga 30 Julai, seterusnya Selangor dan Kuala Lumpur.

“Larian yang bermula dari Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman sejauh enam kilometer berakhir di pintu gerbang sempadan Terengganu – Pahang.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif mengetuai perarakan membawa obor Kuala Lumpur 2017 selepas menerimanya daripada wakil Kelantan di Kuala Besut. – Bernama
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif mengetuai perarakan membawa obor Kuala Lumpur 2017 selepas menerimanya daripada wakil Kelantan di Kuala Besut. – Bernama

Turut serta dalam larian hari ini dan menjadi tumpuan orang ramai adalah legenda lompat kijang dan lompat jauh Malaysia, Mohd Zaki Sadri yang turut hadir memberikan sokongan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, obor dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar kemudiannya diserahkan kepada wakil negeri Pahang iaitu ADUN Panching, Datuk Mohd Zaili Besar diiringi dengan laungan keramat ‘Bangkit Bersama’ oleh para pelari. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -