Teresa Kok ketuai delegasi ITRC

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Menteri Industri Utama Teresa Kok akan mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Mesyuarat Khas Peringkat Menteri Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) 2019 yang akan diadakan di Bangkok, Thailand, pada 22 Februari ini.

Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pembangunan lestari industri getah asli serta memperkukuh harganya dan langkah-langkah untuk menangani harga getah yang rendah, kata Kementerian Industri Utama (MPI) dalam satu kenyataannya hari ini. Di samping itu, Mesyuarat Peringkat Pegawai Kanan ITRC juga akan diadakan pada 21 Februari, yang mana delegasi akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian MPI, Datuk Dr Tan Yew Chong. – Bernama