JAKARTA, 19 Sept – Gara-gara marah kerana dikejutkan dari tidur, seorang lelaki memukul kepala dua anak dan isterinya menggunakan palu atau tukul besi sebelum mengamuk sehingga merosakkan harta benda jirannya.
Menurut laporan media dalam talian hari ini, kejadian itu berlaku pada 4 petang semalam di sebuah kawasan perumahan awam di Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang, kira-kira 100 kilometer dari sini.
Stanley yang berang dengan anaknya yang mengejutkan beliau, terus mencapai palu dan memukul kepala dua anaknya iaitu Marcel, 8, dan April, 5, sebelum memukul kepala isterinya Diah, yang berusia 35 tahun.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn