Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tergamam lihat api marak bakar rumah

    SIBU, 2 MAC – Anak lelaki kepada wanita warga emas yang rentung dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya semalam, tergamam apabila melihat api marak membakar kediaman mereka.

    Taip Bus, 56, berkata beliau tidak dapat berbuat apa-apa apabila tiba di lokasi kejadian dan hanya mampu melihat rumah yang dibina oleh abangnya, Abdullah Bus, 64, sejak lebih 20 tahun itu ranap dijilat api.

    Beliau berkata ketika kejadian beliau bersama isteri dan anak-anak berada di rumah kakaknya dan sekitar 8 malam, anak saudaranya datang dalam keadaan cemas memaklumkan kejadian itu.

    “Tanpa berlengah saya terus bergegas ke tempat kejadian, saya tergamam dan terkejut melihat api sedang marak membakar rumah yang di dalamnya terdapat ibu saya, abang saya dan anak perempuan abang saya. Tidak ada apa-apa yang boleh saya lakukan untuk bantu, api marak dengan cepat,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di lokasi kejadian hari ini.

    Dalam kejadian semalam, rumah yang didiami ketiga-tiga mangsa itu musnah seratus peratus manakala sebuah lagi rumah yang terletak di hadapan rumah tersebut musnah 90 peratus dan penghuninya seorang lelaki berusia 27 tahun selamat. 

    Mangsa Rasidah Suut, 81; Abdullah dan Suriaty Abdullah, 19 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang kira-kira 1:15 tengah hari tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...