Tergigit pisau cukur dalam gula-gula

RIVERVIEW, FLORIDA, 7 NOV – Seorang budak perempuan berusia 8 tahun di Florida menggigit gula-gula Halloween dan terluka oleh mata pisau cukur yang tersembunyi dalam coklat, kata pihak berkuasa.

Pejabat Syerif Hillsborough sedang menyiasat selepas ibu budak perempuan itu menelefon untuk melaporkan kejadian itu.

Pihak berkuasa berkata mata pisau cukur Exacto tersembunyi dalam kepingan coklat mini.

Pembalut itu digam apabila budak perempuan itu membukanya.

“Adalah perbuatan amat keji seseorang yang ingin mengusik gula-gula Halloween seorang kanak-kanak demi keseronokan mereka sendiri,” kata Syerif Chad Chronister di laman Facebook.

“Kami mengingatkan semua ibu bapa supaya memeriksa setiap gula-gula yang diterima oleh anak awda .” – AP