Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Terima Anugerah Perkebunan Sekolah UK

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Satu lagi pencapaian terbaik telah diraih Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) apabila menerima pengiktirafan daripada sebuah badan amal perkebunan di United Kingdom, Royal Horticultural Society (RHS) atas usaha cemerlang mereka menerusi inisiatif Eco Wellness Garden di sekolah tersebut.

    Kebun tersebut telah memperoleh Anugerah Perkebunan Sekolah Peringkat 3.

    Dalam mencapai peringkat anugerah tersebut, Pasukan Eko di ISB telah menerajui inisiatif di kebun sekolah itu untuk menanam pelbagai tumbuhan bagi merangsang hidupan liar di kawasan taman itu, sekali gus bagi menggalakkan para pelajar ISB untuk lebih dekat dengan alam semula jadi.

    Penyelaras Eko ISB, Mark Evans merakamkan penghargaan kepada Pasukan Eko dalam menerajui inisiatif eko tersebut di sekolah.

    “Ia satu pencapaian yang boleh kami banggakan dan anugerah ini adalah bukti komitmen ISB untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kehidupan seharian sekolah.

    Mark Evans dan Sarvagya Pradhan menunjukkan sijil yang diterima daripada RHS. – Gambar serahan ISB

    “Kami suka bekerja di kebun itu dan menyaksikan semua pelajar dan guru memanfaatkannya untuk berehat, bermain dan belajar tentang alam semula jadi.

    “Saya akan menggalakkan semua sekolah untuk membangunkan sebuah kawasan di mana awda boleh membawa hutan ke hujung jari pelajar,” tambahnya.

    Pada masa ini, pasukan itu juga berusaha untuk mengintegrasikan kebun ke dalam kurikulum sekolah secara menyeluruh dan sedang mengumpul bukti untuk menggapai Anugerah Peringkat 4.

    Kempen RHS untuk School Gardening begitu menggalakkan dan menyokong sekolah dan kumpulan untuk membangun dan secara aktif menggunakan kebun. Inisiatif itu diharapkan dapat memberi inspirasi kepada golongan belia untuk mempelajari tentang berkebun dan hortikultur.

    Inisiatif eko dalam ISB itu telah diketuai oleh Eco Warriors di peringkat sekolah rendah dan jawatankuasa eko di peringkat menengah, yang dibimbing oleh Penyelaras-penyelaras Eko ISB, Mark Evans dan Sarvagya Pradhan.

    Dalam pada itu, pasukan Eko di ISB terus memupuk kesedaran alam sekitar dan mendidik serta memperkasakan rakan-rakan mereka untuk membuat keputusan positif dan menjadi pengubah senario bagi dunia yang mampan alam sekitar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...