Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima ganjaran

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Steven Anak Sungit berjaya membawa pulang hadiah utama berupa baucar membeli-belah bernilai $2,000 bagi Promosi Toyota Double Your Luck bagi pelanggan yang membeli Toyota Vios dan Yaris bermula 1 hingga 31 Julai yang lalu.

    Manakala, pemenang kedua pula ialah Kon Nyuk Mui yang mendapat baucar membeli-belah bernilai $1,800 dan pemenang ketiga yang membawa pulang hadiah baucar membeli-belah bernilai $1,500 ialah Dayang Siti Nadirah binti Haji Abdul Panjang.

    Dayang Siti Sarah binti Syed Ibrahim pula telah menjadi pemenang keempat dengan mendapat baucar membeli-belah bernilai $1,200 dan Dayang Kamariah binti Tahir membawa pulang hadiah baucar membeli-belah bernilai $1,000 bagi hadiah kelima.

    Hadir bagi menyempurnakan hadiah kepada para pemenang-pemenang ialah Pengurus Penjualan NBT (Gadong), Roland Ti.

    Para pemenang Promosi Toyota Double Your Luck bergambar ramai.

    Majlis yang berlangsung di Bilik Pameran NBT, Gadong pagi tadi itu turut menyaksikan lima lagi pelanggan bertuah yang membawa pulang hadiah-hadiah baucar membeli-belah.

    Steven semasa ditemui melahirkan perasaan gembira dan tidak disangka-sangka kerana beliau tidak pernah menang besar seperti ini.

    Beliau telah membeli kereta Toyota Vios dan ia menjadi kenangan manis kerana bukan sahaja ia merupakan kereta pertama beliau, malah membawa tuah apabila telah berjaya mendapat hadiah utama bagi promosi tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda