Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Terima kasih atas penjelasan SAB

    Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan atas penjelasan mengenai proses Surat Akuan Belajar (SAB) yang disiarkan di ruangan Pendapat Pembaca, Media Permata edisi Rabu 6 Julai lalu yang bertajuk Proses SAB Libatkan Agensi Kerajaan Lain.

    Saya turut bersetuju dengan kenya-taan kementerian bahawa terdapat satu lagi agensi relevan yang terbabit dalam proses itu.

    Kecekapan Kementerian Pendidikan sememangnya tidak dinafikan dalam mengeluarkan SAB dalam tempoh kurang tiga hingga tujuh hari bekerja, yang selama ini masih mengekalkan tempoh yang sama jika dokumen lengkap dihadapkan ke sana.

    Namun sebagai seorang ibu yang juga berhadapan dengan isu tersebut bila tiba masanya untuk memperbaharui pas pelajar, saya juga berdepan situasi sama dengan apa yang dihadapi oleh penulis asal pendapat pembaca itu iaitu Bapa Prihatin.

    Masalah dihadapi apabila sebuah lagi agensi relevan lain mengambil masa yang agak panjang untuk meluluskan pas berkaitan permit pekerjaan bagi ibu atau bapa pemohon, ya jika pemohon baharu mungkin boleh diterima, tetapi bagaimana halnya dengan pemohon berulang yang telah diluluskan oleh majikan untuk menyambung pekerjaan mereka?

    Jika pun perlukan masa yang agak panjang, tetapi pas berkaitan anak saya cadangkan dipercepatkan atau lebih elok, jika ada kebenaran bertulis hitam putih daripada majikan, agensi tersebut memberikan kebenaran bagi membolehkan Kementerian Pendidikan memprosesnya, sekali gus memastikan anak-anak pemohon tidak tercicir dalam pendidikan mereka ketika menanti permit kerja ibu bapa mereka diproses.

    Untuk itu, saya harap kementerian satu lagi meneliti perkara ini dan mempertimbangkan idea atau memperbaiki cara memudahkan perkara ini.

    Ibu pelajar

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...