Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Terima kasih Stevie

    LONDON, 21 OKT – Steven Gerrard dipecat sebagai pengendali Aston Villa selepas skuadnya tewas 3-0 di Fulham.

    Villa bermula hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila hanya berada satu anak tangga di atas zon penyingkiran.

    Villa hanya menang dua daripada 11 perlawanan liga musim ini dan kekalahan di Craven Cottage menyaksikan Gerrard dipecat kurang dua jam selepas perlawanan itu.

    Gerrard yang mula membimbing Villa 11 bulan lalu belum menang dalam empat perlawanan terakhir mereka.

    “Kelab Bolasepak Aston Villa boleh mengesahkan yang ketua jurulatih Steven Gerrard sudah meninggalkan kelab dengan serta merta.

    “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Steven di atas usaha dan komitmennya serta mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depannya,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

    Gerrard membimbing Villa untuk kedudukan ke-14 liga musim lalu selepas tiba dari Rangers bagi menggantikan Dean Smith.

    Bekas bintang Liverpool dan England itu diharap mampu melonjak Villa ke kedudukan lebih tinggi musim ini, tetapi sebaliknya mereka bergelut dengan penyingkiran.

    Gerrard memenangi gelaran Liga Scotland bersama Rangers pada tahun 2021, menamatkan penguasaan Celtic buat sekian lama. – AFP

    Reaksi jurulatih Chelsea, Graham Potter (kiri), dan jurulatih Aston Villa, Steven Gerrard (kanan) ketika perlawanan antara Aston Villa dan Chelsea di Villa Park, Birmingham, England, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...