Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Terima kasih tampil bersuara

    Surat pendapat ini merupakan respon kepada surat pembaca ‘Pelajari bahasa isyarat: Penting atau tidak?’ yang ditulis oleh Ahli Teropong disiarkan dalam Media Permata bertarikh 5 Januari 2022.

    Syabas dan terima kasih diucapkan kepada penulis telah berani tampil menyuarakan perihal perkara yang dianggap tidak begitu penting yang patut diambil berat sebenarnya. Saya amat bersetuju dengan penulis mengenai memperkasa pembelajaran bahasa isyarat kerana sememangnya perlu dikuatkuasakan di negara ini setaraf dengan pembelajaran bahasa-bahasa asing.

    Ini kerana ia bertepatan dengan penjelasan penulis penggunaan dan kefahaman bahasa isyarat kurang di kalangan masyarakat kita ketika ini dan mendorong kita mengalami kesukaran ketika berurusan dengan golongan orang kelainan upaya dari segi pekerjaan dan kecemasan.

    Seperti yang saya alami sendiri ketika berurusan di sebuah pejabat kerajaan di mana salah seorang penjawat awamnya merupakan orang kelainan upaya. Sejujurnya saya sendiri mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan beliau sehingga berlakunya salah kefahaman.

    Terima Kasih buat Ahli Teropong

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...