Terima kunjungan hormat perwakilan negara

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan KHEU

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, hari ini telah menerima kunjungan hormat secara berasingan daripada perwakilan Negara Brunei Darussalam luar negara.

Pada majlis yang diadakan di Bilik Dhiyafah, Bangunan Tambahan Baharu Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Yang Berhormat Pehin menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Haji Ismail bin Haji Abdul Manap dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Pengiran Abdul Samad bin Pengiran Haji Metassan.

Sementara itu, pada 20 Oktober lalu, Yang Berhormat Pehin telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Mohd Saidin.

Turut hadir pada kunjungan-kunjungan hormat berkenaan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menerima kunjungan hormat daripada TYT Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud pada 20 Oktober yang lalu.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menerima kunjungan hormat yang berlangsung di Bilik Dhiyafah, Bangunan Tambahan Baharu, kementerian berkenaan.