Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima kunjungan Master of the Rolls

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPTMaster of the Rolls dan Ketua Keadilan di England dan Wales, Sir Geoffery Vos telah mengadakan kunjungan hormat ke Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di Bilik Persidangan Utama, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, di sini, hari ini.

    Dalam kunjungan itu, Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif/ Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar menerima kunjungan hormat Sir Geoffery Vos.

    Turut serta mengalu-alukan kunjungan berkenaan ialah hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Dato Seri Setia Haji Johar bin Haji Muhamad, Yang Arif Haji Hassan bin Haji Metali dan Yang Arif Haji Muhammad Bahrin bin Haji Alias serta beberapa pegawai kanan dari Mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Negara.

    Pada kunjungan itu, Yang Amat Arif/Yang Berhormat Pehin menyampaikan ucapan tahniah atas ceramah khas yang telah disampaikan oleh Sir Geoffery Vos bagi pegawai-pegawai kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan sektor swasta pada 18 September lalu.

    Dalam kunjungan itu juga, kedua-duanya mengambil peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman berhubung perkara berkaitan perundangan dan kehakiman.

    Dalam kesempatan itu juga, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda hubungan baik antara kedua-dua pihak khasnya di antara Brunei dan United Kingdom.

    Yang Amat Arif/Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie dan Sir Geoffery Vos bergambar ramai. – Gambar serahan Mahkamah Rayuan Syariah
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda