Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Terima kunjungan muhibah rombongan Menteri Pertahanan Malaysia

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd Kadir hari ini menerima kunjungan muhibah rombongan Menteri Pertahanan Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang berlangsung di The Empire Brunei.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Dato Paduka Seri Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang.

Semasa kunjungan muhibah itu, kedua-dua belah pihak telah menekankan komitmen untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala pertahanan dan ketenteraan yang sedia ada.

Mereka juga mengulangi hasrat untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang pertahanan dan ketenteraan melalui platform dua hala dan pelbagai hala.

Sehingga kini, kedua-dua institusi pertahanan dan tentera telah bekerjasama pada peringkat serantau dan antarabangsa, khususnya di bawah rangka Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dan Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Republik Filipina.

Sejurus kunjungan tersebut, TYT Dato’ Seri Utama Haji Mohamad dan rombongan telah diraikan pada Majlis Jamuan Tengah Hari yang dihoskan oleh Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak.

TYT Dato’ Seri Utama Haji Mohamad dan rombongan tiba di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi dan akan bertolak balik ke Kuala Lumpur petang ini.

Timbalan Menteri Pertahanan semasa menerima kunjungan TYT Menteri Pertahanan Malaysia di The Empire Brunei.
TYT Menteri Pertahanan Malaysia semasa diperkenalkan dengan para pegawai kanan Kementerian Pertahanan Brunei.
Rombongan yang mengiringi TYT Menteri Pertahanan Malaysia.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -