Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Terima kunjungan perpisahan Duta Indonesia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, kelmarin, menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko.

    Menurut kenyataan dari Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, pertemuan yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, jabatan berkenaan turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar.

    Pada kunjungan perpisahan tersebut, kedua-dua belah pihak menghargai hubungan dua hala dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan Tuan Yang Terutama di Negara Brunei Darussalam.

    Kunjungan tersebut juga membincangkan mengenai hal-hal yang mempunyai kepentingan bersama seperti dalam bidang perdagangan, peluang pelaburan dan sekuriti makanan.

    Hubungan erat antara kedua-dua buah negara, terutamanya kerjasama dalam pengurusan sumber tenaga manusia secara inklusif mampu membantu negara dalam bidang kesukanan seperti mendatangkan jurulatih untuk melatih serta membimbing atlet negara.

    Tuan Yang Terutama juga merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat yang baharu dan bagi persidangan MMN yang akan berlangsung dalam waktu terdekat. Kedua-dua belah pihak berharap agar hubungan baik tersebut akan terus kekal dan semakin kukuh antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia.

    Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN semasa menerima kunjungan perpisahan daripada TYT Dr Sujatmiko. – Gambar serahan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...