Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima tajaan kasut futsal

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Timbalan Setiausaha Takmir Masjid Kampung Batu Marang hari ini telah mewakili pasukan masjid berkenaan bagi menerima tajaan kasut dan stoking daripada Pengurus Manhas Sdn Bhd, Awang Raman.

    Menurut Timbalan Setiausaha Takmir, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi menyatakan bahawa beliau amat berterima kasih atas penghargaan dan sokongan yang diberikan oleh pengurus syarikat berkenaan.

    Beliau menambah dengan adanya tajaan kasut futsal ini, maka dapatlah ahli-ahli jawatankuasa takmir beraksi dengan penuh semangat dan keyakinan.

    Antara perancangan pasukan masjid tersebut adalah mengadakan perlawanan persahabatan di antara Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang yang akan diadakan pada hari Ahad, 12 Februari ini di Gelanggang Futsal Meteora Kapok.

    Timbalan Setiausaha Takmir Masjid Kampung Batu Marang, Haji Mohammad Isa ketika menerima tajaan kasut futsal dan stoking.
    Timbalan Setiausaha Takmir Masjid Kampung Batu Marang, Haji Mohammad Isa ketika menerima tajaan kasut futsal dan stoking.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda