Terkandas disebabkan COVID-19 meningkat

SEOUL, 26 OGOS – Jumlah warga asing yang tinggal melebihi tempoh di Korea Selatan meningkat 10 peratus pada Mei, memandangkan pelancong dan migran terkandas disebabkan kawalan sempadan yang ketat di seluruh dunia ekoran wabak COVID-19.

Bilangan warga asing yang tinggal secara haram di negara ini mencecah paras tertinggi pada bulan itu iaitu seramai 396,654, lapor agensi berita Yonhap memetik Perkhidmatan Imigresen Korea.

Daripada jumlah itu, dianggarkan 296,000 atau 75 peratus, adalah pelawat yang memasuki negara ini tanpa visa 90 hari. Pelawat jangka pendek yang tempoh tinggalnya tamat meningkat 11 peratus berbanding bulan sama pada 2019. – Bernama