Terkejut terima beras plastik

INDONESIA, 22 SEPT – Penduduk di Desa Sukaratu, Cianjur di Jawa Barat, terkejut apabila menemui campuran plastik di dalam beras yang diagihkan menerusi bantuan sosial.

Dengan ukurannya yang menyamai beras sebenar, ia dicampurkan di dalam kampit beras yang diberikan kepada golongan memerlukan, menurut satu laporan dari Detiknews.

Selain beras, penduduk juga menerima sumbangan seperti telur, daging dan minyak.

Beras plastik berkenaan berbentuk nipis, memanjang dan lut sinar menyebabkan ia tidak dapat dikesan kerana bercampur beras tulen.

Penduduk, Ridwan Yulianto, memberitahu media tempatan, campuran beras plastik itu tidak dapat dibezakan ke-rana bercampur dengan beras sebenar. – Agensi