Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Terkejut tonton video berita kematian sendirI – Shah

    Penyebaran video di aplikasi TikTok mendakwa Shah Iskandar sudah meninggal dunia mengejutkan aktor tersebut.

    Gara-gara berita palsu itu, Shah, 40, berkata dia dihujani banyak pertanyaan daripada teman-teman yang ingin mendapatkan kesahihan mengenai video berkenaan.

    “Semasa itu saya sedang menjalani penggambaran, terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai video berkenaan.

    “Saya cari video itu di aplikasi TikTok, rasanya orang yang meninggal dalam berita tu nama dia Shah Iskandar juga tapi individu yang buat video berkenaan pakai gambar saya.

    “Saya pun tidak pasti cerita sebenar, apa-apa pun Alhamdulillah saya masih hidup lagi,” katanya kepada mStar.

    Sebelum itu menerusi laman sosial Instagram, Shah menafikan dakwaan kononnya dia sudah meninggal dunia seperti dalam rakaman video tular di TikTok.

    Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini meminta individu berkenaan menyemak dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada umum.

    “Tidak baguslah macam ini, tidak selidik dahulu tapi pakai main post di TikTok, sekarang ni mereka sanggup buat apa sahaja demi content.

    “Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tidak apa saya sudah maafkan orang itu,” ujarnya. – Agensi

    Penyebaran video di aplikasi TikTok mendakwa Shah Iskandar sudah meninggal dunia mengejutkan pelakon tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...