Terkenang suasana raya di kampung

Melihat ahli keluarga berkumpul dan mengunjungi sanak saudara bersama-sama ketika sambutan 1 Syawal lalu membuatkan pelakon jelita, Nelydia Senrose sebak.

Nelydia, 24, mengakui perasaannya bercampur-baur apabila melihat setiap anggota keluarganya meninggalkan ibu kota untuk pulang beraya di kampung mereka di Kelantan.

Nelydia yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April lalu mengakui, dia masih belajar menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

“Sempat juga saya melepaskan rindu berkumpul dengan keluarga sebelum mereka pulang ke kampung.

“Melihat keluarga, termasuk Uqasha dan adik, Raysha Rizrose beraya hingga ke Golok, Thailand, cemburu pula dibuatnya.

Menyentuh perjalanan kerjaya seninya, pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Encik Imam Ekspres itu berkata, dia sudah merindui suasana di lokasi penggambaran. – Agensi

“Terbayang-bayang keseronokan mereka, tambahan pula selama ini kami tidak pernah berjauhan,” katanya.

Menyentuh perjalanan kerjaya seninya, pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Encik Imam Ekspres itu berkata, dia sudah merindui suasana di lokasi penggambaran.

“Ada beberapa tawaran yang diterima, cuma masih belum ada kata putus. Kalau jadi, pastinya saya sudah tidak sabar untuk melepaskan rindu dalam dunia lakonan,” katanya.

Mengenai perancangan peribadi, Nelydia berkata, dia dan suami sudah bersedia sekiranya mereka diberikan rezeki untuk segera menimang cahaya mata.

“Kami tidak merancang, jika ada rezeki cepat, kami tidak menolak. Namun, kami tidak mahu tertekan memikirkan perkara itu kerana semuanya sudah ditentukan Allah,” katanya. – Agensi