Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Terkesan kenaikan harga barangan

    Semenjak dunia dibelenggu penularan wabak COVID tidak terkecuali negara kita, kenaikan harga barangan begitu terasa oleh sesiapa sahaja.

    Mungkin dulu dengan nilai mata wang $100 boleh membeli enam hingga lapan barang namun kini hanya dapat membeli dua atau tiga barangan sahaja.

    Mungkin beban ini kurang terasa bagi penjawat awam yang bergaji tinggi berbanding mereka yang bergaji rendah. Malah perkara ini lebih terasa bagi warga emas yang hanya menerima pencen $250 sebulan atau mereka yang bekerja sendiri. Bukan tidak bersyukur namun kami amat berharap pihak relevan dapat menyuarakan atau menyelesaikan masalah agar dapat meringankan beban dialami rakyat dan penduduk.

    Mungkin salah satunya ialah dengan membuat kajian kewangan rakyat dan penduduk terkesan kenaikan harga barangan agar dapat diselaraskan dengan pendapatan harian seperti kenaikan gaji atau mengurangkan harga barangan.

    Perkara ini hanyalah cadangan dan diharap pihak relevan atau mana-mana pihak dapat memberi pandangan yang lebih jitu untuk menangani permasalahan harga barangan di sini.

    PEKERJA TERBELENGGU

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...