Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Terkilan ada pelakon baharu tak kenal Hamidah Wahab

    Masih aktif menerima tawaran, pelakon veteran Hamidah Wahab, 65, belum melihat dirinya akan berundur dari dunia seni lakonan dalam masa terdekat.

    Sebagai seorang pelakon berpengalaman, dia cukup faham ragam dunia seni dan tahu bila masanya yang sesuai untuk menamatkan kerjaya lakonan.

    “Waktu muda saya pernah menjadi model, ketika itu saya tahu bila nak berhenti. Sebelum orang halau lebih baik perlahan-lahan tarik diri.

    “Dalam dunia lakonan juga sama. Sentiasa bersedia sebab kita semakin tua.

    “Terima apa yang akan berlaku dan dorongkan diri saya ke arah yang lebih baik,” ujarnya kepada wartawan.

    Hamidah Wahab belum melihat dirinya akan berundur dari dunia seni lakonan dalam masa terdekat. – Agensi

    Pelakon Tanah Kubur ini ditemui dalam sebuah majlis meraikan artis veteran anjuran restoran Dulang Cafe di Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Hamidah turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir golongan muda dalam bidang seni ini yang tidak menghargai bakat lama sepertinya.

    Dia sendiri pernah berhadapan dengan situasi apabila tidak dikenali pelakon baharu.

    Bukan minta disanjung, namun baginya cukup ada rasa hormat terhadap artis veteran yang lama mencipta nama.

    “Mungkin dia tidak kenal kerana saya mula aktif berlakon ketika dia belum lahir. Apabila saya datang set dia hanya tengok sahaja sehinggalah diperkenalkan.

    “Jika tidak diperkenalkan hanya sekadar bertegur hai sahaja.

    “Saya biarkan sahaja. Bagi saya suatu hari nanti mereka betul-betul belajar apa makna seorang pelakon,” jelasnya.

    Dalam masa Hamidah juga turut merasa terkilan soal bayaran artis lama yang dianggap tidak berpatutan.

    “Bayaran kepada artis veteran tidak berbaloi berbanding pengalaman yang mereka ada.

    “Sedih apabila orang baharu menerima bayaran lebih tinggi,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...